Assalamualaikum!
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang!
Selawat dan salam kepada Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga dan para sahabat sekalian.
Apa khabar semua ahli Kohilal? Diharap ahli-ahli semua masih terus bersama kami ahli lembaga pengarah untuk memulih, memaju dan meningkatkan peranan Kohilal dari masa ke semasa. Pelbagai usaha dalam bidang urus niaga telah diusahakan untuk memenuhi perancangan strategik Kohilal sehingga 2015.
Menjelang 2012, Jawatankuasa ICT Kohilal diberi tanggungjawab untuk menaiktaraf website kohilal.com agar lebih interaktif dalam memacu perniagaan Kohilal. Kohilal.com akan dimanfaatkan sepenuhnya bukan sahaja sebagai agen memberi maklumat dan penerangan kepada ahli tetapi juga berupaya menjadi saluran perniagaan yang berkesan.
Oleh yang demikian, kemunculan website kohilal.com dengan wajah baru kali ini diharap dapat disambut oleh semua ahli dan penyokong kohilal secara positif. Kami masih memerlukan cadangan dan pandangan semua ahli agar kohilal.com dapat memenuhi kehendak dan aspirasi ahli semua.
Sampaikanlah cadangan dan pandangan anda melaui email kami iaitu setiausaha@kohilal.net atau webmaster@kohilal.net.
Sekian, terimakasih.
Wassalam
JK ICT Kohilal



