Berita

Aktiviti

JUN 2010:

Foto-foto sekitar:

MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN 2010 DI BANGUNAN SENDIRI

 

JANUARI 2010

 

 

 

22 NOV 2009:  Mesyuarat Anggota Lembaga. (ALK)

21 NOV 2009:  Bengkel perancangan strategik KOHILAL.

8 NOV 2009:    Menyertai Persidangan ANGKASA Wilayah Persekutuan.

1 NOV 2009:    Mesyuarat dan taklimat bersama AJK Perhubungan Kawasan Terengganu.

OKTOBER - 28/10/2009:  Mesyuarat dan taklimat bersama AJK Perhubungan Kawasan Pulau Pinang.

OKTOBER - 24/10/2009: Mesyuarat Anggota Lembaga. (ALK)

OGOS - 15/8/ 2009: Mesyuarat Anggota lembaga. (ALK)

OGOS - 8/8/2009: Taklimat untuk Stokis dan yang berminat untuk menjadi stokis akan diadakan pada hari Sabtu 8 Ogos 2009, Jam 9.00 pg - 1.00 th bertempat di Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar,KL. Taklimat percuma dan jamuan disediakan.Taklimat ini sangat penting untuk para stokis/bakal stokis kerana program tersebut akan membentangkan strategi,plan pemasaran dan insentif terbaru dari Kohilal. Semua yang terlibat dipersilakan hadir: Sebarang pertanyaan sila hubungi: 0193619010 Pn.Rogayah

JULAI - 11/7/2009: Mesyuarat ALK sessi 09/2010 kali ke 2, jam 9.30 pagi, bertempat dibilik mesyuarat, Pej. Kohilal DSQ, KL

JUN - 28/6/2009: Mesyuarat Agung Perwakilan 2009 telah berlangsung di Anjung Rahmat. Hampir 100 org perwakilan hadir.Pengarah SKM Wilayah telah sudi hadir merasmikan mesyuarat.2 ALK baru telah dipilih oleh perwkilan: Dr. Hj. Othman Sodikin perwakilan Selangor dan Hj. Yahaya perwakilan Negeri Sembilan. Pengerusi,Naib, Setiausaha dan Bendahari sessi yang lalu kekal hingga sessi 2010.

JUN 2009: Gerai Kohilal di Muktamar: Berkunjunglah ke gerai jualan Kohilal ditapak jualan Muktamar Tahunan PAS ke 55 di Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor. Turut dilancarkan jualan harga promosi; Minuman bercoklat Hilal,Air Gau Hilal serta produk-produk terbaru Hilal.

APRIL & MEI 2009: 31 Mei 2009: Mesyuarat ALK - Perbincangan mengenai Mesyuarat Agung Perwakilan pada 28 Jun 2009,8.00 pg - 5.00 ptg, bertempat di Markaz PAS Pusat, Taman Melewar. Mesyuarat agung Kohilal Kawasan/Negeri-negeri berlangsung antara 10 April - 22 Mei 2009. Kehadiran disemua kawasan/Negeri lebih menggalakkan.

MAC 2009 21-22 Mac 09: Program Brainstorming Kohilal di Pej. Agung Pas Pusat,Jln.Raja Laut.KL. seramai 15 peserta telah hadir,mewakili ALK dan wakil kawasan-kawasan. Mesyuarat ALK turut berlangsung pada sebelah malamnya, Mesyuarat Agung Kawasan-kawasan akan berlangsung antara 10 April - 3 Mei 2009 Notis mesyuarat agung kawasan akan dihantar kepada setiap anggota. Anggota yang tidak menerima notis diminta menghubungi Pejabat Kohilal: 03-40201905 atau Pn.Rogayah: 019 3619 010

FEBUARI 2009 21 Feb Mesyuarat ALK - menyusun mesyuarat agung kawasan. 16 Feb Perjumpaan wakil ALK dengan Pengarah SKM wilayah (Pn.Tan Chu Lan)

JANUARI 2009 Mesyuarat ALK 21/1/2009

DISEMBER 2008 Mesyuarat Khas ALK dan Jawatankuasa Unit-unit

NOVEMBER 2008 Mesyuarat bulanan ALK

OKTOBER 2008 PERASMIAN MESIN DAN MAJLIS AIDIL FITRI: Perasmian mesin bantuan SKM oleh Pengarah SKM Wilayah, beserta Jamuan Hari Raya Aidil Fitri; Tarikh - 18 Okt 2008 Masa - 10.00 pagi Tempat - Kilang Kohilal Batu Caves,Selangor.

OGOS 2008 MESYUARAT AGUNG 2008: Berlangsung pada 24 Ogos 2008 di Komplek MADU, Machang,Kelantan. Kehadiran perwkilan hanya sekitar 40%.

APRIL 2008 PERPINDAHAN PEJABAT: Mengambilkira pelbagai masalah yang dihadapi oleh Kohilal, pejabat pengurusan Kohilal telah berpindah ke Tkt 4,Bangunan Kohilal,Diamond Square,Jln. Gombak. (No. Tel masih sama) - sebarang pertanyaan sampaikan kepusat aduan Kohilal melalui sms ke 32244 - contoh sms: infor_kohilal_berapa baki simpanan am saya? Nota: ( _ )bermaksud jarak MESYUARAT ALK: Berlangsung sebulan sekali atau lebih kerap jika ada keperluan. (Doakan semuga Allah memberi kekuatan kepada sof ALK untuk memikir dan meneruskan kerja memulihkan Kohilal)

JANUARI 2008 PROGRAM PENERANGAN: Unit Penerangan dan Keanggotaan telah mengadakan program penerangan Kohilal kepada seluruh AJK Kawasan seluruh negara seperti jadual berikut: 10 Jan 08 - Johor dan Melaka - di Markas PAS kaw. Muar 23 Jan 08 - Selangor Barat/Timur dan Negeri Sembilan - di Pusat HPA Bandar Baru Bangi 1 Feb 08 - Wilayah Persekutuan- di Kilang Kohilal Batu Caves 7 Feb 08 - Pahang Timur/ Tengah dan Barat - di Pej.Perhubungan PAS Negeri Pahang. 9 Feb 08 - Trengganu - di Markas Kawasan,Kuala Trengganu 16 Feb 08 - Kedah/Perlis dan Pulau Pinang - di Azismart life,Sungai Petani 23 Feb 08 - Perak utara/selatan - Medan Gopeng,Ipoh. Pada keseluruhannya kehadiran AJK Kawasan amat dingin.

DISEMBER 2007 PROGRAM BRAINSTORMING: Telah berlangsung di Kota Bharu. Perasmian oleh MB Kelantan, Tn.Guru Nik Abd Aziz Nik Mat dan pembentang kertaskerja; YB Zulkifli Mamat - ADUN Pulai Chondong,Kelantan.

 

 

LAWATAN KERJA KE KOTA BHARU
TARIKH : 30 & 31 JAN 2010
TEMPAT : KELANTAN TRADE CENTRE
LOT 644, SEKSYEN 14, 15200 KOTA BHARU, KELANTAN.
 
30 Jan 2010 (SABTU)
09.30 pagi                 Taklimat Hala Tuju Perniagaan KOHILAL kepada anggota negeri Kelantan oleh Dr. Hj. Md. Yusnan bin Hj. Yusof, Pengerusi Jawatankuasa Perniagaan & Pengeluaran dan Bendahari KOHILAL.
 
11.30 pagi                   Pertemuan dan perbincangan dengan anggota Jawatankuasa Perhubungan Negeri Kelantan.
 
2.30 petang                 Pertemuan dan perbincangan dengan Pengarah Syarikat Pelancungan Yaskin. (Pengerusi, Naib Pengerusi, Bendahari, Setiausaha)
 
5.00 petang                 Taklimat Peluang Perniagaan berasaskan perladangan oleh wakil Kerajaan Negeri Kelantan.
 
8.30 mlm                     Rumusan Plan Hala Tuju KOHILAL 2010-2015
 
31 Jan 2010 (AHAD)
8.30 pagi                     Lawatan ke kilang  Syampo Gaharu
 
10.00 pagi                   Lawatan ke kilang Rozel  
 
2.00 ptg                       Mesyuarat Anggota Lembaga KOHILAL.
 
6.30 ptg                       Makan malam & solat Maghrib & bertolak balik
 

Kohilal mulakan 'road show' di Kelantan

KUALA LUMPUR, 28 Jan: Koperasi Al Hilal Malaysia Sdn. Bhd. akan memulakan “road show” untuk mengembalikan semula ingatan dan menyemarakkan semula  penggunaan barangan yang bermottokan “ Hilal Yang halal”.

Menurut Bendahari Kohilal, Dr Md. Yusnan Yusof, Kelantan telah dipilih sebagai  negeri pertama bagi  'road show' tersebut  untuk berrtemu anggota  dan stokis serta mereka.

Program “road show” tersebut akan diadakan pada 30 Januari 2010 di Dewan Utama, Kelantan Trade Centre (KTC),  yang terletak berhampiran Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kota Bharu.

Jelas Yusnan, program ini  adalah sebagai suatu usaha untuk membangunkan semula Kohilal  dengan berpegang kepada tujuan asal penubuhannya  untuk menyediakan barangan keperluan harian yang halal.

Program jualan barangan Kohilal akan bermula dari jam 9 pagi hingga 6 petang pada hari yang sama.

Pihak Kohilal juga akan membuka kaunter untuk permohonan pendaftaran baru anggota koperasi dan permohonan anggota-anggota untuk menjadi stokis.

"Mereka yang telah mencukupi saham sebagai anggota dan ingin menjadi stokis hanya perlu membuat pembelian pertama yang bernilai sebanyak RM350 dan memastikan pembeliaan tahunan  tidak kurang dari RM2000.00 sahaja.

"Bagi mereka yang berminat untuk menjadi stokis tetapi belum menjadi anggota Kohilal mereka perlu mengemukakan permohonan untuk menjadi anggota dengan menjelaskan bayaran proses sebanyak RM27 dan bayaran saham anggota sebanyak RM500 dan seterusnya memohon untuk menjadi stokis," katanya.

Sehingga kini katanya, pihaknya sedang  berusaha untuk mendapatkan persetujuan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob bagi  melancarkan barangan baru Hilal seterusnya memimpin solat hajat bersama-sama anggota Lembaga Kohilal.

Semua pihak dan orang ramai dijemput hadir untuk sama-sama membeli dan menyemarakkan lagi program 'road show' Kohilal  yang julung-julung kali diadakan di Malaysia.

 

Sumber Harakahdaily.net